top of page

HASIL KARYA SENI MALAYSIA DIPAMER DI MELBOURNE

MELBOURNE, 27 Sept (Bernama) -- Hasil karya 14 artis yang menguasai dunia seni Malaysia akan dipamerkan di sini dari 1 hingga 12 Okt.

'Discover Malaysian Art 2014' akan dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Dr Wong Lai Sum di Space @ Collins, 278 Collins Street.

Presiden Persatuan Seni Lukis Pulau Pinang Ch'ng Huck Theng merupakan kurator pameran yang diadakan buat kali kedua di sini.

Ia akan menampilkan hasil karya oleh mendiang Ho Khay Beng dan Khaw Sia, Fendy Zakri, Haffendi Anuar, Hasanul Isyraf Idris, Ismail Awi, Khairul Arshad, Lim Anuar, Raja Norzlipah Raja Ahmad, Rozana Mohamed, Yeoh Choo Kuan, Zaim Durulaman, jurugambar Lay Zhoz Yeap dan artis berusia 11 tahun Delwin Cheah.

Matrade mempromosikan hasil karya seni Malaysia sebagai eksport dan menempa kejayaan di sini tahun lepas apabila kebanyakan hasil seni yang dipamerkan dibeli oleh pengumpul seni dari Australia selepas melihat hasil seni Malaysia buat kali pertama.

-BERNAMA


Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
  • Tumblr App Icon
  • Facebook App Icon
  • Twitter App Icon
bottom of page